Thursday, September 28, 2006

CUTI SEBULAN RAMADHAN

Maka berkatalah bendahara TVX (Bukan nama sebenar)" Bismillahir Rahmanir Rahim Alhamdulillah program ini mendapat sambutan sistem mesej sengkek (SMS) yang belipat gali ganda , namun Insya Allah, dalam bulan puasa ni, kita berhentikan program hiburan ini buat sementara selama sebulan bagi menghormati bulan yang mulia ini. Program ini akan disambung selepas raya".

Berkata pula bendahara TVY(Bukan nama sebenar) " Pihak kami akan mengadakan hiburan ala Islam, bersyair dan berpuisi di lokasi-lokasi 'hingar-bingar' yang terpilih. Pastikan anda tidak ketinggalan. Bulan puasa bukan bermakna kita lupakan terus hiburan, namun kita perlu berhibur mengikut al-Quran dan As-Sunnah" Nota : Bendahara ini bukan Islam.

Bertanyalah sahabat kepada sang pencinta ,"anta tak cuti ke bulan-bulan puasa, boleh banyakkan ibadat". Sang Pencinta geleng kepala." Syeikh, anta patut ambil peluang, bulan ramadhan adalah bulan yang mana rahmat Allah yang berlipat kali ganda, kita patut kurangkan aktiviti dunawi, tambahan ibadah sepanjang hari, 11 bulan kita lalai dan alpa, kita kena cover balik syeikh"

Keluh seseorang kepada Sang pencinta " Syeikh, bulan puasa ni ana tak boleh cuti la syeikh, kena kerja sepenuh masa, kena stay back, overtime lagi, kadang-kadang extra time. Tapi Alhamdulillah, rezeki yang Allah berikan, ana terima dengan keikhlasan hati". "Anta kerja apa syeikh?" Sapa sang pencinta. "Ana Imam la Syeikh" Jawabnya.

1 comment:

Ku Keng said...

Tapi sheikh, ini semua berkat pendidikan Islam yang diberikan kepada pemuda-pemudi. Tak pernah ana dengar mereka mengeluh dan putus harap.

"Alhamdulillah," kata seorang penyanyi top, "Album pertama saya sungguh laris dan tidak dicetak rompak. Jangan cetak rompak ya kerana merompak tu berdosa. Nanti kena kerat tangan. Dan jangan lupa ya, peminat-peminat sakalian, beli pula album kedua saya yang akan diterbitkan dalam seminggu lagi, insya Allah."