Monday, October 08, 2007

Wednesday, September 05, 2007

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

Setelah lama menyepi diri, kini ku kembali , menyambut ramadhan al-mubarak...menghambakan diri pada Allah yang Maha Esa, Maha Pemurah dan Maha mengasihani..menyepi diri bukan bermakna ku kecewa, tapi sekadar mendekatkan diri kepadaNya...masih jauh cinta kita..aku cuba dekatkannya...semoga ramadhan kali ini mampu mencetuskan sanubari ketaatan diri , kecintaan tinggi yang tiada tolok bandingnya...cintailah mereka yang dicintai maha pencinta

Tuesday, April 03, 2007

Sang Pencinta Rasulullah



Menanti satu detik pandangan magis mu
Cukup untuk meredakan rindu duniawi
Segala dugaan dan pesona
Menjadi irama indahKesakitan ragaku
Berlalu pergi tiada bererti
Pada Mu jua tertuju segala jalan
Pada Mu jua cinta ku serahkan
Kerna hati seorang pencinta
Pandangannya satu
Matanya hanya melihat dia
Yang melihatnya hanya dia kekasihnya
Sang Pencinta....
Hanya dia merasa
Semangat sebuah pengorbanan
Sang Pencinta...
Hanya Dia mengerti
Persoalan percintaan ini
Cinta ini rela menderita
Agar rindu batinnya terubat
Mengenang dia cinta yang dipuja
Mengenang dia cinta yang diredha
Hanya dia mengenang dia hanya dia

Syeikh, macam lagu M.Nasir je...

Siapa M.Nasir? (kena balik M.Nasir..dulu dia pernah tanya soalan ini ditujukan kepada pemimpin negara kita).

ISLAM sangat ke M.Nasir tu?

Tak de sangat ke lagu-lagu nasyid..

Syeikh, takkan nak cinta Rasulullah kena nyanyi lagu M.Nasir...

Selawat la banyak-banyak Sheikh....

Sheikh, sebelum kalam di atas, ana dah selawat sheikh
Wallahu 'alam

Wednesday, March 21, 2007

C.I.N.T.A

pada siapa...

WATAK UTAMA

Sang Pencinta (SP) : Penulis Blog ini
Azli Ferrari (AF) : Simple, peminat lumba F1 tak de kaitan ngan akademi fantasia
Zarifah (ZA) : Kawan Azli , awek le kut...
Ali (Ali) : Bekas Pelajar Maahad Tahfiz
Khairi (K) : Orang Kuat Web Forum

Lokasi : Kedai Mamak
Masa : 9.30 Pagi - 2.00 petang

Suasana pagi itu agak nyaman. Kami bersembang hal isu semasa. Di pertengahan cerita...

SP: Letih sikit la kawan-kawan. Ada tugasan Baru
AF: Tugasan Apa?
SP: Bos tgh lead team baru. Team handle masalah interfaith. Jadi Saya kena follow la. Sabtu ahad pun tak jamin duduk rumah.
AF : Interfaith??? bertetapan la aku ajak korang minum-minum ni..aku rasa ko leh handle kes aku ni sang pencinta..
Sang Pencinta: alamak? aku just pembantu je..setakat dengar boleh le..masalah interfaith ke?
AF: Kawan baik aku ni dok bercinta ngan chinese, Christ plak tu.
SP: Kawan ko melayu ke?
AF: Melayu le, Saari nama. Tulen bang , mak bapak melayu. Tak le kaya sangat. ala Kenal pun baru 4-5 bulan. Chit chat sana sini. Alasan kunun minat sama , boleh swing golf la sangat.
K: Saari ahli web forum aku tu ke, aku rasa chinese tu pun ahli jugak
Ali : Then...?
AF: Yezze K, aku sahkan..Yang aku risau, si Saari ni dah angau kat chinese ni, Susan namanya. berpangkat orangya, gaji besar..
ZA : susan tu satu tempat kerja dengan saya...
SP: jadinya, ada kait mengait la ni..
AF: memang berkait la SP...kami ni biasa la..orang-orang muda..baru nak bercinta...yang saya risau..si susan ada ada bad record. family dia...actually..ayah dia Melayu..maknya Chinese, Christ..
SP: Masya Allah..bapak dia dulu melayu ke..sekarang dah tak melayu..
AF: Lebih kurang cenggitu la SP..yang peritnya sekarang..si Saari bukan lagi cinta angau, dah bergantung harap la pulak..bak kata orang bermakan budi..
SP: Makan camana?
AF: cam aku cakap tadik, si saari ni bukan kaya sangat..tapi dah disponsor oleh susan ni..bak kata mudah" Saari..U nak apa, I boleh kasi" kata Susan. Aku bukan apa. takut luntur Aqidah si Saari ni.
SP: Susan kuat agama ke..
AF: Kuat tak kuat le..gereja tak tinggal le setiap minggu, tapi mengikut citer Saari, parents si Susan confirm memang kuat..
SP: bahaya jugak tu, so pe perlu kita buat...
ZA: lagi bahaya saya dapat maklum si saari dah duduk sebumbung dengan si susan.
AF: saari ada la juga mengeluh, ikut hati memang le nak tarik si susan peluk islam, boleh la mereka ngikat berkahwin ke apa ke..tapi si susan plak yang offer dia 'convert'..
SP: itu dah melampau la tu..

jam tepat kul 2.00..tak sempat buat resolusi..kami akan bertemu lagi

Tuesday, March 13, 2007

SOLAT

Adakah aku betul, kamu salah?


Soalan yang bermain di minda, ilmu sentiasa ditimba, tidak kira waktu dan usia, jawapan muktamad tiada noktahnya.

Satu hari Sang Pencinta bersolat jemaah di surau diri Jumaat, di kawasan dekat-dekat sini. Amalkan dengan penuh keyakinan sebagai mana Sang Pencinta belajar setakat ini. Ada pun setelah selesai solat, datang seorang hamba Allah menghampiri Sang Pencinta .

Beliau Menghulur tangan, kami berjabat mesra. Imam di hadapan masih berwirid dan hampir membaca du'a

U orang mana? ...Saya orang sini.

U asal mana?....Saya Asal Semanggol, Perak

U Belajar Mana? ...Sang Pencinta hanya melemparkan senyum, hati tertanya nak cakap ke tidak..

Rukun Solat ada berapa?....(Ni ujian apa pulak ni,bentak hati Sang Pencinta)...Kenapa Syeikh?

U tak baca fatihah tadikan?....Ye saya tak baca....

U tau tak fatihah tu rukun....Sang Pencinta senyum...Syeikh....nanti kejap kita bicara, Syeikh, Imam tengah du'a, baik kita aminkan..

Eh peduli apa Imam baca du'a..U solat tak betul, rukun tak lengkap, solat tak sah...uit, main kasar pak syeikh ni...

Syeikh, Ana Hanafiah (sambil tangan ku memegang pehanya agar beliau tenang sikit, tadik marah-marah, risau jugak dicepuknya sang pencinta ini).....terpinga-pinga beliau melihatku

Ye ke, Sorry la , I tak tahu, Sorry...I ingat u tak belajar Hanafi, I tak pernah tengok solat macam u tadi, Nama u apa...

Mmm...Pak Cik..., saya menantu Zul. Tu Pak Mertua saya, sambil jari ku menunjuk ke arah Bapa Mertua yang sedang bangun setelah Imam selesai berdu'a.


Kisah benar, tanpa prejudis, Wallahu 'alam

Sunday, March 11, 2007

Menjelma Semula

Salam pembuka bicara
tetamu yang kunjung tiba
Alhamdulillah tak terlepas di minda
Blogku kini dapat dibuka semula

Sokongan para tetamu amat kuhargai
Meneruskan perjuangan di alam maya ini
Segala rintangan harus ditempuhi
Agar mendapat keredaan Ilahi

Banyak bicara ingin kuluahkan
Setelah menyepi hampir 3 bulan
Bukan kerna akan kesebukkan
Tapi 'password'kan telah digodamkan

Kini akan kubuka lembaran baru
memecah kebingungan yang telah buntu
Mengharapkan kunjungan para tetamu
Memberikan komen tanpa rasa jemu

Sekian dulu buat masa ini
Bertemu kita di lain hari
Mari kita sama bersatu hari
Mengeratkan lagi silaturrahmi

Wassalaam