Monday, September 25, 2006

Tarawikh datang lagi...

Alhamdullih, tarawikh dapat kutitip lagi untuk tahun ini, bersyukur pada nikmatmu...namun berita setiap tahun pastinya berulang "Masjid diarah adakan 20 rakaat" ....alasan yang diberikan jangan ada di antara masjid atau pun surau mengadakan tazkirah di natara 4 rakkat sekiranya dilaksana 8 rakaat.

Kutanyakan kepada en.fadhil,"Tuan, surau tuan buat berapa?" Beliau menjawab,"Lapan la. Solat tarawikh, solat rehat, di tengah-tengahnya kita adakan tazkirah, barulah rehat minda. Kalau 20 pun fatihah satu nafas, tak de maknanya. Ko buat berapa?Tanya kepadaku kembali. Soalan yang betul2 menguji keimanan dan keikhlasanku. "Sahaja Aku solat sunat tarawikh 2 Rakaat makmuman kerana Allah Taala" Jawabku.

Beliau mengerut dahi dan aku tersenyum.

2 comments:

Ku Keng said...

Salam wahai "anakanda". Selamat datang ke dunia blog. Semoga dapat menyampaikan risalah untuk membetulkan kereyokan yang ketara dalam masyarakat kita.

Juga salam Ramadhan dan selamat bertarawikh.

Sang Pencinta said...

insya allah ayahanda