Thursday, November 23, 2006

BERPISAH DAN BERCANTUM SEMULA

Siaran Langsung atau tertunda



Alhamdulillah, selamat tiba dari berkelana

Memberikan pengalaman kepada 'zaujah' tercinta juga puteri nan haruman. Raya benar mereka berdua. Al-maklum, raya melayu, 30 hari, puasa tak sampai. Jangan raya zulkaedah sudah la.

Raya kali ini dapat merasa negeri orang, walaupun jauhnya tak kemana. Seberang selat saja. Bak kata orang 'utagha', Kota Singa sebesar 'kelemboi' saja. Kalau perumpanaan Internasioanalnya 'bak Israel dengan negeri arab'

Sepeti biasa , musafir berkelana bersama keluarga menghasilkan sesuatu yang indah. Kegembiraan terpancar menghilangkan segala kekerutan di dahi. Mengelilingi Kota Singa dipandu oleh 'rugbier' serta 'budak' cek mek molek. Terima kasih anda berdua, jasamu tetap kukenang. Sudi-sudikan lah datang ke sini. 'Ayahanda', dimaklumkan, perjalanan ini mendapat restu dan keizinan al-ustaz kita.

Dalam bergembira, Sang Pencinta sempat juga mendapat jemputan rasmi menghadiri satu program jamuan hari raya khusus untuk mereka yang telah berjaya di'kaunseling'kan oleh pertubuhan yang agak ternama di sana. Sebenarnya sepupu sepapat pertubuhan ini wujud di negara kita ini. Datuknya sama, mak dengan pak , masing-masing.

Menarik juga program ini. Suami-Isteri yang hampir BERPISAH, malah yang sudah BERPISAH telah memohon khidmat kaunseling daripada pertubuhan ini. Akhirnya mereka berjaya untuk berbaik semula. 'Berkahwin' semula la ni. Untuk itu kegembiraan BERCANTUM SEMULA ini, mereka telah diraikan dalam satu majlis yang penuh makna, bersempena dengan sambutan Hari Raya.

Jadinya, perkara ini bisa dibawa ke tengah. Al-Maklum tahun semacam tahun pisah-memisah. Patut mereka ini dikaunselingkan. Dengan sukarela, bukan rela-paksa. Jika ditakdirkan oleh Allah, mereka bercantum semula, berbaik-baik mengikat kekeluargaan kembali maka perlulah kita sama-sama meraikannya. Sekadar cadangan. Siapa setuju angkat tangan!!!!!

Wallahu 'alam

Sang Pencinta: Cuma percantuman semula ini bisakah diadakan siaran langsung atau pun tertunda?

Thursday, November 16, 2006

TERLALU BANYAK KISAH, TAK TERCERITA

Jangan terlalu banyak cerita tapi tak kisah.

Terlalu banyak bermain di fikiran ini sehingga tak tercerita, tak tertulis di blog ini. Sekejap gembira, sekejap sedih, cemas, terharu, risau dan apa-apaan lagi. Cinta sana, cinta sini, bom sana bom sini, kantoi sana kantoi sini, cerai sana cerai sini, sidang sana, sidang sini, singgah sana, singgah sini. Index itu naik, index ini merundum.

Mau saja kulari dari sini, tapi lari ke mana ya? Ke kota singa? ahhh, mana mungkin.

Apa lagi mau bicarakan.

Kataku, juga katamu juga katanya, juga kata mereka semua" Marilah kita kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah".

Nantilah kurungkaikan satu per satu. Kuingin mengembara, berkelanan, mencari punca, penenang jiwa.





'Nashwa'ku yang tersayang







Ke mana Sang Pencinta. Ke mana lagi..ke Kota Singa jugak.......tapi kali ni tidak sendirian, kubawa isterku tercinta serta anakku tersayang..doakan perjalananku pergi dan kembali..

Ma'as Salamah

Monday, November 06, 2006

Hollywood, Mollywood

Masih Dengan O.S

Suatu ketika hadir di satu seminar peringkat Asia Pafisik bersama O.S di 'Windows'nya. Konklusi seorang penceramah bahawa umat Islam perlu mencipta sebuah filem setanding dengan Hollywood. Filem tersebut boleh memainkan peranan yang penting dalam dakwah. Sang Pencinta tertanya-tanya, bolehkah berdakwah melalui Filem?

Penceramah seminar itu berkata "filem Robin Hood sebagai contoh, terdapat satu scene di mana Robin Hood terpinga-pinga menggunakan teropong bintang yang diberikan oleh orang arab(pada kita arab tak boleh dipisahkan dengan Islam)". Jangan kata arab, melayu pun islam jugakkan. Tambah penceramah itu tadi, "moral of the story, orang islam lebih advance dariada Robih Hood". Betul juga tu, sambut hati Sang Pencinta.





Gambar Sebelah sekadar hiasan, 18SG tidak sesuai untuk dilakukan di rumah. Anak-anak di bawah 18 tahun perlu mendapat kebenaran ibu/bapa/penjaga untuk melihat gambar ini.

Pulang dari Singapura, Sang Pencinta mula berjinak-jinak dengan filem dan drama-drama. Orang muda. Alah orang tua pun serupa. Cerita Bawanglah , Kiamatlah, cinta itu, cinta inilah dan ber'bilut-bilut lagi, Kalau dulu-dulu, wrestling menduduki carta no.1 dunia, tapi itu bukan cerita betul, sekadar lakonan. Kadang-kadang alasan nak tengok 'the moral of the story',yang pasti dan kebanyakannya melihat pelakon sampai tak kedip bijik mata. Ada yang sanggup mengubah waktu lunch hour dari jam 1-2 tengahari ke 2-3 tengahari. Makan tengahari di Kedai 'Man Berkat' sambil tengok T.V, tak kurang juga sabil mengumpat. al-Maklum bulan puasa dah berlalu. Mari kita mengumpat semula.

Kata sahabat Sang Pencinta, dia berminat dengan Filem Iran. Boleh dijadikan sebagai filem dakwah. Menarik ke? Katanya filemnya bagus, tidak ada adengan-adengan yang ghairah hinggakan pegang-pegang tangan pun tak wujud. Pelakon-pelakon wanitanya tetap menjaga aurat. Yang paling menarik filem-filemnya mendapat anugerah antarabangsa. Konklusi di sini, umat Islam tidak ketinggalan. Tapi ada orang kata Orang Iran suka tabur cerita tak betul. Tak suka perpaduan umat Islam hatta ada juga kata orang iran bukan islam sangat. Boleh dikatakan negara iran pun bukan negara Islam. Lebih Garang lagi yang berpendapat Qari No.1 dunia di Pentas Malaysia masih dalam keraguan Islamnya. Dalam hati Sang Pencinta,"masih ada orang sebegini ya"

Kaji punya kaji, terbaca artikal orang hollywood mengambil idea orang hong kong untuk filemnya . Tajuk artikal tu "Internal Affairs verse Martin Scorsese" ( Mingguan Malaysia[Pancaindera] Ahad, 29 Oktober 2006, ms.20). Nampaknya hollywod pun bukan 'terror' sangat. Ceritanya mengenai penyamaran seorang anggota polis untuk mendapatkan maklumat penjahat. Akhir berlaku pergaduhan antara dua orang polis, yang menyamar dan yang tidak menyamar.

Moral of the story mengikut pandangan Sang pencinta, menyamar pun kalau tak kena gaya boleh memecah-belahkan satu-satu masyarakat. Ianya boleh menimbulkan satu fitnah.

Tertanya-tanya juga, mana filem melayu setelah Laksamana Do Re Mi???

Thursday, November 02, 2006

Bercerita dengan Orang Singapura (O.S)

bercerita yek, bukan bercinta, jangan salah faham

Kenapa sang pecinta? marah nampak, putus ke dengan O.S.."Putus Cinta?!!". "Bercinta pun tidak pernah, masakan putus cinta!!!!".

Bak kata pepatah, berkawan biar seribu , berkasih biar satu.


Gambar ini hanya hiasan, tiada kaitan dengan penari tersebut. Satu acara yang pernah dihadiri oleh Sang Pencinta di Singapura. Acara penyampaian anugerah kepada ibu contoh. Kalau di Malaysia kita ni ibu mithali la Berbezakan..

Dua hari bersama O.S, topik panas tidak lain tidak bukan perbalahan orang melayu ketika ini. Banyak persoalan akan berakhir dengan kenyataan " Ala, itu semua politik, tak boleh percaya". Namun Sang Pencinta menyentak dengan satu soalan. "Haji, apa jadi jika jambatan bengkok benar-benar terjadi" O.S masih berkias-kias, "Tidak mungkin terjadi saudara" dia mulakan hujah. "Ca ya nun alif banyak akalnya, dia akan pastikan benda ini tidak akan terjadi". Sang Pencinta mengulangi andaian dengan tegas "Sekiranya benar-benar diteruskan?"."Mmmm.." Lambat jugak dia nak sediakan hujah. "Begini.., Awak tahu, Johor kaya disebabkan O.S la..kalau jambatan jadi, ca ya nun alif akan halang O.S ke Johor dengan pelbagai sekatan, merundum ekonomi Johor.." Alamak 'Spin' la O.S ni, Sang Pencinta hanya nak tau apa jadi kepada Singapura. Mungkin amat berat untuk dia luahkan.

Bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hujan batu. Tapi kalau jerebu , sesak nafas dibuatnya

Sembang kami berpanjangan, hingga ke isu perang dan pelbagai lagi..sebenarnya kami hanya nak ke Petaling Street, tempat ca ya nun alif, dia nak beli baju M.U Siam. Sang Pencinta dah 2-3 tahun tak ke sana. Disebabkan 'Ikramud Duyuf' yang diajar oleh Rasulullah, Sang Pencinta dengan ikhlas hati membawa.

Itu la O.S. Sekali lagi diulangi, jangan terpengaruh dengan gambar di atas.

Ramai yang bertanya, Sang Pencinta kerap ke Singapura, ada apa-apa ke? hanya O.S yang mengenal 'Windows'nya

Wallahu a'lam