Tuesday, December 05, 2006

MENCARI

Perpaduan atau perpecahan?


Akhir-akhir ini banyak perkara yang timbul. Semakin banyak racun dari madu. Adakah kita inginkan perpaduan atau pun perpecahan.


Sang Pencinta tercari-cari artikel perpaduan, maka terjumpa ...


Antara kandungannya..

"Di rantau Asia Tenggara ini, kita berpegang kepada aliran Ahli Sunah Wal Jamaah. Pegangan rantau ini terhadap aliran ini bermaksud bahawa dari segi tauhid atau teologi (usuluddinnya) kita berpegang kepada akidah yang diasaskan oleh Imam Abu Hasan Al-Ashaari dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi.
Dalam segi fikahnya, pegangan utama kita ialah kepada apa yang diutarakan oleh Imam As-Syafie dan aliran al-Syafiiyah. Selain itu, kita juga berpegang kepada tiga lagi imam mazhab Sunni, iaitu Hanafi, Hanbali dan Maliki dalam sesetengah keadaan seperti sistem kewangan Islam dan bayaran zakat fitrah...."


rujukan : http://utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=1128&pub=utusan_malaysia&sec=bicara%5Fagama&pg=ba_01.htm&arc=hive


Ahlamdulillah, jika diamati keseluruhan kandungan artikel ini, menunjukkan semua umat islam minat akan perpaduan.


Namun Sang Pencinta tersentak dengan artikel ini



( Keterangan gambar-artikal sebenar tidak wujud gambar penulis, Sang Pencinta MENCARI siapa penulis artikal ini , maka terjumpalah wajah yang tampan lagi segak bergaya, maka Sang Pencinta 'Super Impose'kannya)

Antara Kandungannya:
" Professor Hamka dalam tafsir Al-Azhar pula menyimpulkan bahawa punca perpecahan sebenarnya amat terkait dengan sikap sesetengah pihak yang cuba membawa masuk unsur-unsur asing ke dalam agama. Lebih buruk lagi apabila timbul taksub dan pelampauan yang keras mempertahankan pendirian hingga akhirnya mencetuskan pertentangan hebat sesama Islam.
Telahan Professor Hamka memang ada benarnya kerana jika diterokai sejarah, pelbagai penyimpangan akidah dan aliran pemikiran seperti Khawarij, Syiah, Muktazilah, Asy'airiyah, Al-Maturudiiyyah dan banyak lagi kelompok lain pada hakikatnya terbina di atas premis politik dan kerakusan untuk berkuasa. Ini termasuklah ajaran yang diharamkan seperti Al-Arqam. "

Artikal penuh di : http://utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=1203&pub=utusan_malaysia&sec=bicara%5Fagama&pg=ba_01.htm&arc=hive



Sang Pencinta berfikir sejenak....

Adakah keduanya berbeda , mencari perpaduan atau mencari perpecahan.

Dalam MENCARI, Sang Pencinta terjumpa juga Ulama yang meng'highlit'kan perkara furu dalam memecah-belahkan umat, Persoalan Furu diletakkan di hadapan bagi mengatakan golongan ini sesat, golongan itu bahaya, hatta persoalan sukan pun dimasukkan juga. Nantilah, Sang Pencinta sebenarnya amat sedih memikirkannya.

Thursday, November 23, 2006

BERPISAH DAN BERCANTUM SEMULA

Siaran Langsung atau tertunda



Alhamdulillah, selamat tiba dari berkelana

Memberikan pengalaman kepada 'zaujah' tercinta juga puteri nan haruman. Raya benar mereka berdua. Al-maklum, raya melayu, 30 hari, puasa tak sampai. Jangan raya zulkaedah sudah la.

Raya kali ini dapat merasa negeri orang, walaupun jauhnya tak kemana. Seberang selat saja. Bak kata orang 'utagha', Kota Singa sebesar 'kelemboi' saja. Kalau perumpanaan Internasioanalnya 'bak Israel dengan negeri arab'

Sepeti biasa , musafir berkelana bersama keluarga menghasilkan sesuatu yang indah. Kegembiraan terpancar menghilangkan segala kekerutan di dahi. Mengelilingi Kota Singa dipandu oleh 'rugbier' serta 'budak' cek mek molek. Terima kasih anda berdua, jasamu tetap kukenang. Sudi-sudikan lah datang ke sini. 'Ayahanda', dimaklumkan, perjalanan ini mendapat restu dan keizinan al-ustaz kita.

Dalam bergembira, Sang Pencinta sempat juga mendapat jemputan rasmi menghadiri satu program jamuan hari raya khusus untuk mereka yang telah berjaya di'kaunseling'kan oleh pertubuhan yang agak ternama di sana. Sebenarnya sepupu sepapat pertubuhan ini wujud di negara kita ini. Datuknya sama, mak dengan pak , masing-masing.

Menarik juga program ini. Suami-Isteri yang hampir BERPISAH, malah yang sudah BERPISAH telah memohon khidmat kaunseling daripada pertubuhan ini. Akhirnya mereka berjaya untuk berbaik semula. 'Berkahwin' semula la ni. Untuk itu kegembiraan BERCANTUM SEMULA ini, mereka telah diraikan dalam satu majlis yang penuh makna, bersempena dengan sambutan Hari Raya.

Jadinya, perkara ini bisa dibawa ke tengah. Al-Maklum tahun semacam tahun pisah-memisah. Patut mereka ini dikaunselingkan. Dengan sukarela, bukan rela-paksa. Jika ditakdirkan oleh Allah, mereka bercantum semula, berbaik-baik mengikat kekeluargaan kembali maka perlulah kita sama-sama meraikannya. Sekadar cadangan. Siapa setuju angkat tangan!!!!!

Wallahu 'alam

Sang Pencinta: Cuma percantuman semula ini bisakah diadakan siaran langsung atau pun tertunda?

Thursday, November 16, 2006

TERLALU BANYAK KISAH, TAK TERCERITA

Jangan terlalu banyak cerita tapi tak kisah.

Terlalu banyak bermain di fikiran ini sehingga tak tercerita, tak tertulis di blog ini. Sekejap gembira, sekejap sedih, cemas, terharu, risau dan apa-apaan lagi. Cinta sana, cinta sini, bom sana bom sini, kantoi sana kantoi sini, cerai sana cerai sini, sidang sana, sidang sini, singgah sana, singgah sini. Index itu naik, index ini merundum.

Mau saja kulari dari sini, tapi lari ke mana ya? Ke kota singa? ahhh, mana mungkin.

Apa lagi mau bicarakan.

Kataku, juga katamu juga katanya, juga kata mereka semua" Marilah kita kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah".

Nantilah kurungkaikan satu per satu. Kuingin mengembara, berkelanan, mencari punca, penenang jiwa.





'Nashwa'ku yang tersayang







Ke mana Sang Pencinta. Ke mana lagi..ke Kota Singa jugak.......tapi kali ni tidak sendirian, kubawa isterku tercinta serta anakku tersayang..doakan perjalananku pergi dan kembali..

Ma'as Salamah

Monday, November 06, 2006

Hollywood, Mollywood

Masih Dengan O.S

Suatu ketika hadir di satu seminar peringkat Asia Pafisik bersama O.S di 'Windows'nya. Konklusi seorang penceramah bahawa umat Islam perlu mencipta sebuah filem setanding dengan Hollywood. Filem tersebut boleh memainkan peranan yang penting dalam dakwah. Sang Pencinta tertanya-tanya, bolehkah berdakwah melalui Filem?

Penceramah seminar itu berkata "filem Robin Hood sebagai contoh, terdapat satu scene di mana Robin Hood terpinga-pinga menggunakan teropong bintang yang diberikan oleh orang arab(pada kita arab tak boleh dipisahkan dengan Islam)". Jangan kata arab, melayu pun islam jugakkan. Tambah penceramah itu tadi, "moral of the story, orang islam lebih advance dariada Robih Hood". Betul juga tu, sambut hati Sang Pencinta.





Gambar Sebelah sekadar hiasan, 18SG tidak sesuai untuk dilakukan di rumah. Anak-anak di bawah 18 tahun perlu mendapat kebenaran ibu/bapa/penjaga untuk melihat gambar ini.

Pulang dari Singapura, Sang Pencinta mula berjinak-jinak dengan filem dan drama-drama. Orang muda. Alah orang tua pun serupa. Cerita Bawanglah , Kiamatlah, cinta itu, cinta inilah dan ber'bilut-bilut lagi, Kalau dulu-dulu, wrestling menduduki carta no.1 dunia, tapi itu bukan cerita betul, sekadar lakonan. Kadang-kadang alasan nak tengok 'the moral of the story',yang pasti dan kebanyakannya melihat pelakon sampai tak kedip bijik mata. Ada yang sanggup mengubah waktu lunch hour dari jam 1-2 tengahari ke 2-3 tengahari. Makan tengahari di Kedai 'Man Berkat' sambil tengok T.V, tak kurang juga sabil mengumpat. al-Maklum bulan puasa dah berlalu. Mari kita mengumpat semula.

Kata sahabat Sang Pencinta, dia berminat dengan Filem Iran. Boleh dijadikan sebagai filem dakwah. Menarik ke? Katanya filemnya bagus, tidak ada adengan-adengan yang ghairah hinggakan pegang-pegang tangan pun tak wujud. Pelakon-pelakon wanitanya tetap menjaga aurat. Yang paling menarik filem-filemnya mendapat anugerah antarabangsa. Konklusi di sini, umat Islam tidak ketinggalan. Tapi ada orang kata Orang Iran suka tabur cerita tak betul. Tak suka perpaduan umat Islam hatta ada juga kata orang iran bukan islam sangat. Boleh dikatakan negara iran pun bukan negara Islam. Lebih Garang lagi yang berpendapat Qari No.1 dunia di Pentas Malaysia masih dalam keraguan Islamnya. Dalam hati Sang Pencinta,"masih ada orang sebegini ya"

Kaji punya kaji, terbaca artikal orang hollywood mengambil idea orang hong kong untuk filemnya . Tajuk artikal tu "Internal Affairs verse Martin Scorsese" ( Mingguan Malaysia[Pancaindera] Ahad, 29 Oktober 2006, ms.20). Nampaknya hollywod pun bukan 'terror' sangat. Ceritanya mengenai penyamaran seorang anggota polis untuk mendapatkan maklumat penjahat. Akhir berlaku pergaduhan antara dua orang polis, yang menyamar dan yang tidak menyamar.

Moral of the story mengikut pandangan Sang pencinta, menyamar pun kalau tak kena gaya boleh memecah-belahkan satu-satu masyarakat. Ianya boleh menimbulkan satu fitnah.

Tertanya-tanya juga, mana filem melayu setelah Laksamana Do Re Mi???

Thursday, November 02, 2006

Bercerita dengan Orang Singapura (O.S)

bercerita yek, bukan bercinta, jangan salah faham

Kenapa sang pecinta? marah nampak, putus ke dengan O.S.."Putus Cinta?!!". "Bercinta pun tidak pernah, masakan putus cinta!!!!".

Bak kata pepatah, berkawan biar seribu , berkasih biar satu.


Gambar ini hanya hiasan, tiada kaitan dengan penari tersebut. Satu acara yang pernah dihadiri oleh Sang Pencinta di Singapura. Acara penyampaian anugerah kepada ibu contoh. Kalau di Malaysia kita ni ibu mithali la Berbezakan..

Dua hari bersama O.S, topik panas tidak lain tidak bukan perbalahan orang melayu ketika ini. Banyak persoalan akan berakhir dengan kenyataan " Ala, itu semua politik, tak boleh percaya". Namun Sang Pencinta menyentak dengan satu soalan. "Haji, apa jadi jika jambatan bengkok benar-benar terjadi" O.S masih berkias-kias, "Tidak mungkin terjadi saudara" dia mulakan hujah. "Ca ya nun alif banyak akalnya, dia akan pastikan benda ini tidak akan terjadi". Sang Pencinta mengulangi andaian dengan tegas "Sekiranya benar-benar diteruskan?"."Mmmm.." Lambat jugak dia nak sediakan hujah. "Begini.., Awak tahu, Johor kaya disebabkan O.S la..kalau jambatan jadi, ca ya nun alif akan halang O.S ke Johor dengan pelbagai sekatan, merundum ekonomi Johor.." Alamak 'Spin' la O.S ni, Sang Pencinta hanya nak tau apa jadi kepada Singapura. Mungkin amat berat untuk dia luahkan.

Bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hujan batu. Tapi kalau jerebu , sesak nafas dibuatnya

Sembang kami berpanjangan, hingga ke isu perang dan pelbagai lagi..sebenarnya kami hanya nak ke Petaling Street, tempat ca ya nun alif, dia nak beli baju M.U Siam. Sang Pencinta dah 2-3 tahun tak ke sana. Disebabkan 'Ikramud Duyuf' yang diajar oleh Rasulullah, Sang Pencinta dengan ikhlas hati membawa.

Itu la O.S. Sekali lagi diulangi, jangan terpengaruh dengan gambar di atas.

Ramai yang bertanya, Sang Pencinta kerap ke Singapura, ada apa-apa ke? hanya O.S yang mengenal 'Windows'nya

Wallahu a'lam

Monday, October 30, 2006

Raya-Open House-Reunion-Family Day

Jangan Dinar Iraq Sudah

Jangkanya bersempena sambutan 'Eid, pada 28.10.2006 lalu ada reuion sekolah SANG PENCINTA di Ipoh, namun gagal meloloskan diri ke sana, SANG PENCINTA terpaksa ke kota singa, hal yang lebih lebih penting..

Cerita mengenai reunion teringat zaman sekolah, SANG PENCINTA terkenang..



gambar ketika Tingkatan Lima, al-maklum sekolah tu, bak kata orang moden..'U.L.S'..untuk lelaki sahaja. Namun islam tidak 'double standard' orang perempuan pun nak belajar juga, maka..



..semasa form 6, tinggal le saki-baki lelaki yang gagal melanjutkan pelajar ke ipta dengan cewek-cewek ganteng ketika itu(zaman tu tak de lagi ipts).

mana SANG PENCINTA..tenung-tenung dan renung-renung la, orang kata nak kenal seseorang tu, tengok mata dia, jumpa ke?
SANG PENCINTA pun nak belek, ish..belek punya belek, la..isteri SANG PENCINTA pun ada..satu kelas rupanya kami dulu..tak perasan le plak.

Yang tengah tu, biasa le, mesti guru kelas. Ustaz Abdullah namanya, Pokoknya kelahiran Pak Karno guruku itu. Sihat lagi, masih mengajar sekolah tersebut. Ya Allah berkati ilmumu yang disampaikan oleh guru-guruku, rahmatilah kehidupan mereka dunia dan akhirat, AMIN.

Masih dengar cerita Dinar Iraq ke. Ish, ni yang sedih ni. Mim lam alif ya wau nak rasa pegang duit 10 ribu, 25 ribu, beli la, tak pun save as image kat bawah ni pastu print



pas tu jerit..PAK CIK KAYOOOO!!!!!!!

p/s Nak marah sape ye, IMF, Bush, Saddam, Raja Quwait, Bank Iraq, Kilang buat Dinar Iraq, Trader, ke orang yang beli Dinar Iraq? cerita bersambung ala-ala "Kiamat sudah Dekat". Amboi ada orang tengok , tak kedip-kedip mata, tengok jalan cerita ke tengok 'Sarah', berangan le tu. Jangan lepas ni cakap nak ke kota singa, terlepas ke kota yogja sudah la..Wallahu'Alam...

Friday, October 27, 2006

Raya Di Kampung

Assalamualaikum semua

maaf sang pencinta tak mengupdatekan diri...10 akhir ramadhan pelbagai pengalaman yang ditempuhi..sang pencinta juga menyendiri..

masih bercerita tentang MALAM..

apa sang pencinta tak ke temu lailatul qadar??..kata 'orang tua-tua' kalau ketemu sekalipun tidak boleh menceritakannya kepada orang lain..wallahu 'alam..teringat sang pencinta menerima sms pada MALAM ke 25 ramadhan yang berbunyi "MALAM ini mungkin lailatul qadar, mari kita berdoa akan kesejahteraan umat islam di seluruh dunia" ketika itu sang pencinta dalam musafir ke kota singa, di dalam kereta api..bagaikan sang kelana..terima kasih pengirim..semoga allah merahmatimu sentiasa..tapi jangan bayangkan keretapi 80an..keretapi sekarang sudah advance..berbilik berkatil..

Kota Singa

menarik juga pengalaman berbuka puasa di kota singa..tapi sama sahaja, bubuk lambuk di mana2..kota singa bukannya ada salji..cumanya melayu di sana sedikit dari ca ya nun alif...meriah berjumpa sahabat-sahabat sebangsa seagama...tinggalkan kenangan di kota singa dengan penuh makna..Namun tidak sehebat 'faisal' ke turki

Hi-Way

raya sudah hampir tiba ketika itu..tiada lain pilihan utama ..raya ke kampung halaman..kepulanganku yang dinanti..sang pencinta tetap memilih MALAM dalam bermusafir..pencinta memilih jalan besar (hi-way)..lebih selesa dan selamat walaupun kosnya lebih sedikit..begitu la kata orang tua tua..dalam banyak hal, sang pencinta memilih 'hi-way'..tidak memilih jalan yang bercabang-cabang..jalur hi-way yang terus sampai ke destinasinya...tiba di kampung.alhamdulillah selamat perjalanan..sejuk hati hilang keletihan menatap wajah ayahanda dan bonda tercinta.

Empat Mata(Empat ke..seorang memang empat, seorang lagi kadang-kadang empat)

terbaca cerita menarik..pertemuan empat mata pemimpin tertinggi negara dengan mantan tertinggi..alhamdulillah..semangat ramadhan la tu..menanti syawal..daripada berbalah..baik berbincang..hasil nya?..bak kata 'ayahanda KERAS' mim lam alif ya wau..bukan ca ya nun alif..baca punya baca, alasan demi alasan, jawab demi jawab..sang pencinta terbaca satu persoalan..sang pencinta pernah bertanya sahabat di kota singa..apa terjadi jika si bengkok diteruskan..katanya..sang singa jadi kambing..dan dia akan ke malaysia ..entah lah..banyak pro dan kontra nya yang sukar dirungkai..wallahu 'alam..ya allah..selamatkanlah negaraku...

Dinar VS Dirham

hari raya pun tiba..meriah melihat anak-anak gembira..kanak-kanak collect duit raya..cerita bab duit...maka terbongkar satu yang 'kunun'nya rahsia orang-orang ca ya nun alif jadi kaya..niaga duit..niaga mata wang..nampak macam islamic...niaga matawang dinar..orang mim lam alif ya wau nak cepat kaya..cam gitu la...sang pencinta sedang mengkaji bab niaga wang ni..memang sang pencinta nak ulas..mungkin saudaraku seblogger dapat membantu..cerita dinar telah heboh di kampungku..tu dah kira 'world la tu..san pencinta yang di kota masih kurang mengerti pengiraan..mereka sudah cekap bak sang pengurup..bayangkan memegang puluh ribuan..dinar pulak..kalau jutaan rupiah manakan hairan..nasib baik 'ang pau' raya mereka tidak beri dinar iraq..nak komen banyak..saudara sendiri..nanti lah..itu lah kampungku

Pulang ke kota

sejarah hidupku..pulang awal ke kota..berkorban buat isteri tercinta..menghadapi ujian 'studi'nya..Kata Isteri Sang Pencinta.."Lepas abih exam..kita raya ye bang..", sapaku "ye la.." mungkin ini pengorbananku pada genapnya enam tahun kami bersama..28.10 tarikh keramat..

wallahu 'alam

Monday, October 16, 2006

Bicara Tentang Malam

Salam BuaT Semua, Sekarang tepat jam 12.00 Tengah Malam 23 Ramadhan 1427

Apa itu Malam, apa istimewanya malam, apa pentingnya malam. Malam hanyalah gelap, tidak nampak adakalahnya tidak seindah siang. Jika ditanya apa gunanya malam, maka firman Allah bermaksud "Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)?" An-Naba'[78:10].
Kutitip malam-malam terakhirku di bulan yang mulia ini. Di kala sang manusia bersesak-sesak di satu tempat yang baru di tempat @ abad ini. Pasar Tengah Malam @ Uptown @ Down Town @ nama-nama yang sewaktu dengannya.

Sang Pencinta amat terkejut melihat kesesakan umat melayu di Uptown d'kota. Apa yang mereka cari. Tak Lain tak bukan, Aiman (Bukan nama sebenar),12, berkata,"nak raya, beli la apa yang patut". Mungkin juga. Nak beli waktu siang, panas, terik, haus, dahaga. Yang nak beli kuih pun mesti beli kuih cantik, siang-siang takkan boleh nak rasa...so ..malam adalah suasana membalas dendam. Siang pada mereka segalanya haram dan malam segalanya dihalalkan..tidak perlu jaga mata, tidak perlu jaga mulut, malah tidak perlu bertutup-tutup..lagipun malam katanya ...gelap..siapa yang nampak tapi bukan Aiman yang cakap..kawan Aiman yang cakap...Maka berkata pula sang peniaga " Alhamdulillah, rezeki ramadhan, malam 10 terakhir, rezeki melimpah ruah"

pencinta tangguhkan bicara ini...ada sesuatu acara yang lebih utama untuk menghidupkan malam

1.25 pagi, 24 Ramadhan 1427, bicara lagi tentang malam-malam @ ramadhan

Pencinta terpandang satu ruangan menceritakan satu acara diadakan di malam ramadhan berbeza pada acara-acara lain..namanya agak keduniaan..isinya menampakkan kecintaan hati kepada maha pencinta...acara bermula jam 12.00 tengah malam hingga 2.00 pagi, 22 Ramahan 1427 @ auditorium p.ramlee, Angkasapuri.. mereka yang hadir secara live dapat melihat, dan mereka di rumah dapat mendengarnya secara live...sang pencinta terlepas menghayatinya..namun dunia tanpa sempadan mampu menyelesaikannya, pencinta dapat merakamkanya. Satu acara alternative menghidupkan malam ramadhan..

begitulah serba sedikit bicara malam...namun pencinta masih mengenang shahidnya imam ali a.s. @ malam 21 ramadhan...antara malam al-qadr...

Tuesday, October 10, 2006

ZOOM IN Bersama Al-Quran....

Assalamualaikum..



Sekilas pandang ayat di atas , tua muda, miskin , kaya sudah tahu ianya ialah sedutan daripada ayat al-Quran.Yang pandai ilmu taranum, akan berlagukannya.. Yang pandai membaca, akan mencari terjemahannya...Yang pandai berbahasa Arab sudah tahu maknanya..Yang berkemhiran ulum al-Quran, sudah tahu maksudnya...Yang pandai ulum al-Tafsir, sudah tahu isi kandungannya...

Pencinta tidak mengulas isi kandungannya,namun begitulah umat Islam..Hubungan diri dan al-Quran mengikut ilmu masing-masing..


(klik lambang play untuk melihat video)
Bersempena dengan nuzul al-Quran..tertarik dengan seorang kanak-kanak iran di atas yang hanya berumur 12 tahun...kanak-kakak perempuan. di dalam satu persembahan realiti tv...ala-ala akademi al-Quran...tetapi bukan bacaan berlagu yang diminta..tetapi bukan sekadar sambungan ayat hafazan yang ditanya..perhatikannya..

satu pertandingan yang belum pernah tercipta di bumi melayu ini....mungkin ianya boleh dijadikan sadara...

akhir kalam..mari lah kita ber ZOOM In Bersama AL-QURAN

Tuesday, October 03, 2006

Berapa Kali Mau Minta Maaf Daaaaa

Pembuka bicara, hamba memohon maaf kepada pembaca yang budiman sekira luahan ini menggangu fikiran sekalian sahabat. al-maklum bulan puasa, ramadhan al-mubarak, penghulu segala bulan. Bulan ini akan berakhir dengan sessi ucapan bermaaf-maafan di antara umat manusia. sang suami mengucapkan kepada isteri begitu sebaliknya, para anakanda akan menghulurkan tangan kepada ayahandanya memohon ampun dan maaf segala dosa yang dilakukan sepanjang tahun. Aman dunia. kira 0-0...untuk tahun ini , tahun depan belum tentu kita berjumpa lagi..
Namun kalimah maaf ada kalanya perlu juga dipersoalkan. Ungkapan maaf yang harus kita perhatian sedalam-dalamnya

"Ehh aku ingat tak ape-ape. Mintak mahap no!". (sila rujuk keraskeng.blogspot.com)
"Nak buat cam na, saya minta maaf la "
"Minta maaf, pegawai tersebut bercuti, datang lain hari boleh"
"Maaf, saya tak tahu pun prkara tersebut berlaku. nanti saya minta pegawai saya lapor"
"Minta maaf je la , itu pun kalau awak nak maafkan"
"Kalau susah sangat, saya minta maaf je la"

ada pula ketikanya kita menerima satu ungkapan yang meragukan...seumpama minta maaf, seumpama tidak..yang menilaikan penerima ungkapan itu sendiri.

Cuma kalau beriya-iya nak minta maaf, kita kena nyanyi lagu berikut

Maafkan kami Maafkan kami 2x
Maafkan kami
.
Wahai cik adik jangan merajuk
Maafkan kami si Bujang Lapuk
Jikalau salah tolonglah tunjuk
Kamilah rela hai kena ketuk
Nandung-nandung dayang senandung
Wahai saudari maafkan kami
.
Korus: Maafkan kami Maafkan kami 2x
Maafkan kami
.
Kalau Cik Adik tak mahu maafkan
Kami nak tinggal Tanjung Rambutan
Wahai Cik Adik tidakkah kasihan
Kami nak mati berderai badan
Nandung-nandung dayang senandung
Wahai saudari maafkan kami
.
Korus: Maafkan kami Maafkan kami 2x
Maafkan kami
.
Wahai cik adik jangan marah sangat
Sedangkan Nabi ampunkan umat
Kalau Cik Adik mukanya kelat
Kelubang jendela kami nak lompat
Nandung nandung dayang senandung
Wahai saudari maafkan kami
.
Korus:
Maafkan kami
Maafkan kami
Maafkan kami
Maafkan kami ......
.
EH BERAPA BANYAK MAAF DAH???- perkataan yang paling pencinta minat


Gambar sahabat di dalam Studio P.Ramlee Jalan Ampas, Singapura. 'Hollywood' untuk kebanyakan filem-filem P.Ramlee Turut kelihatan
hmstaqwa dan sabda. Sang Pencinta tiada dalam gambar kerana dia yang mengambil gambar berkenaan. Kamera pula berjenama Olympus C100 analog berfilem tanpa terbina penangkapan gambar sendiri (self-timer). Terima kasih encik Mohd. Nor dan keluarga Jamiyah Singapura
p/s : Terima kasih Ayahanda di atas sokongan moral

Thursday, September 28, 2006

CUTI SEBULAN RAMADHAN

Maka berkatalah bendahara TVX (Bukan nama sebenar)" Bismillahir Rahmanir Rahim Alhamdulillah program ini mendapat sambutan sistem mesej sengkek (SMS) yang belipat gali ganda , namun Insya Allah, dalam bulan puasa ni, kita berhentikan program hiburan ini buat sementara selama sebulan bagi menghormati bulan yang mulia ini. Program ini akan disambung selepas raya".

Berkata pula bendahara TVY(Bukan nama sebenar) " Pihak kami akan mengadakan hiburan ala Islam, bersyair dan berpuisi di lokasi-lokasi 'hingar-bingar' yang terpilih. Pastikan anda tidak ketinggalan. Bulan puasa bukan bermakna kita lupakan terus hiburan, namun kita perlu berhibur mengikut al-Quran dan As-Sunnah" Nota : Bendahara ini bukan Islam.

Bertanyalah sahabat kepada sang pencinta ,"anta tak cuti ke bulan-bulan puasa, boleh banyakkan ibadat". Sang Pencinta geleng kepala." Syeikh, anta patut ambil peluang, bulan ramadhan adalah bulan yang mana rahmat Allah yang berlipat kali ganda, kita patut kurangkan aktiviti dunawi, tambahan ibadah sepanjang hari, 11 bulan kita lalai dan alpa, kita kena cover balik syeikh"

Keluh seseorang kepada Sang pencinta " Syeikh, bulan puasa ni ana tak boleh cuti la syeikh, kena kerja sepenuh masa, kena stay back, overtime lagi, kadang-kadang extra time. Tapi Alhamdulillah, rezeki yang Allah berikan, ana terima dengan keikhlasan hati". "Anta kerja apa syeikh?" Sapa sang pencinta. "Ana Imam la Syeikh" Jawabnya.

Monday, September 25, 2006

Tarawikh datang lagi...

Alhamdullih, tarawikh dapat kutitip lagi untuk tahun ini, bersyukur pada nikmatmu...namun berita setiap tahun pastinya berulang "Masjid diarah adakan 20 rakaat" ....alasan yang diberikan jangan ada di antara masjid atau pun surau mengadakan tazkirah di natara 4 rakkat sekiranya dilaksana 8 rakaat.

Kutanyakan kepada en.fadhil,"Tuan, surau tuan buat berapa?" Beliau menjawab,"Lapan la. Solat tarawikh, solat rehat, di tengah-tengahnya kita adakan tazkirah, barulah rehat minda. Kalau 20 pun fatihah satu nafas, tak de maknanya. Ko buat berapa?Tanya kepadaku kembali. Soalan yang betul2 menguji keimanan dan keikhlasanku. "Sahaja Aku solat sunat tarawikh 2 Rakaat makmuman kerana Allah Taala" Jawabku.

Beliau mengerut dahi dan aku tersenyum.

Saturday, September 23, 2006

TAQIYYAH Menyokong PENCINTA












Hizbullah telah menggemparkan dunia. Mereka sanggup berkorban mengalihkan peluru-peluru zionis dari palestin kepada mereka. Umat Islam mula meluahkan perasaan masing-masing terhadap hizbullah. masing-masing dengan 'i'tiqad' tersendiri mengikut ilmu yang dipelajari mahu pun pengalaman diri. Ada yang menyokong sepenuhnya, ada yang menyokong berhati-hati, ada pula yang bertaqiyah dalam menyokong PENCINTA itu. Lain di mulut lain di hati. Menyokong tindakan pencinta namun tetap menyalahkan pencinta, tetap menyatakan mereka tergolong di dalam golongan yang sesat. Aku pilu. Pilu keadaan ini. Pencinta disalahkan, dikatakan sesat kerana pelbagai hujah dan fitnah antanya taqiyah. Taqiyah dianggap pendusta agama. Nah, sekarang. Bagi zionis, pencinta, atau tidak , semuanya satu umat muhammad yang perlu dihancurkan. Kita marah apabila mereka kata kita pengganas, tapi lidah kita sedap mengatakan rakan pencinta di pakistan, iraq pengganas. Lebih fanatik mengatakan rakanku tidak patut disokong. maka 'bergumbira' zionis saentario pelusuk dunia, menghenyak rakanku juga saudaraku. pilu sepilu-pilunya

Wednesday, March 01, 2006

Mula bercinta

Sesugguhnya mereka suci dari segala dosa dan kesilapan, membawa aliran Mu