Friday, October 27, 2006

Raya Di Kampung

Assalamualaikum semua

maaf sang pencinta tak mengupdatekan diri...10 akhir ramadhan pelbagai pengalaman yang ditempuhi..sang pencinta juga menyendiri..

masih bercerita tentang MALAM..

apa sang pencinta tak ke temu lailatul qadar??..kata 'orang tua-tua' kalau ketemu sekalipun tidak boleh menceritakannya kepada orang lain..wallahu 'alam..teringat sang pencinta menerima sms pada MALAM ke 25 ramadhan yang berbunyi "MALAM ini mungkin lailatul qadar, mari kita berdoa akan kesejahteraan umat islam di seluruh dunia" ketika itu sang pencinta dalam musafir ke kota singa, di dalam kereta api..bagaikan sang kelana..terima kasih pengirim..semoga allah merahmatimu sentiasa..tapi jangan bayangkan keretapi 80an..keretapi sekarang sudah advance..berbilik berkatil..

Kota Singa

menarik juga pengalaman berbuka puasa di kota singa..tapi sama sahaja, bubuk lambuk di mana2..kota singa bukannya ada salji..cumanya melayu di sana sedikit dari ca ya nun alif...meriah berjumpa sahabat-sahabat sebangsa seagama...tinggalkan kenangan di kota singa dengan penuh makna..Namun tidak sehebat 'faisal' ke turki

Hi-Way

raya sudah hampir tiba ketika itu..tiada lain pilihan utama ..raya ke kampung halaman..kepulanganku yang dinanti..sang pencinta tetap memilih MALAM dalam bermusafir..pencinta memilih jalan besar (hi-way)..lebih selesa dan selamat walaupun kosnya lebih sedikit..begitu la kata orang tua tua..dalam banyak hal, sang pencinta memilih 'hi-way'..tidak memilih jalan yang bercabang-cabang..jalur hi-way yang terus sampai ke destinasinya...tiba di kampung.alhamdulillah selamat perjalanan..sejuk hati hilang keletihan menatap wajah ayahanda dan bonda tercinta.

Empat Mata(Empat ke..seorang memang empat, seorang lagi kadang-kadang empat)

terbaca cerita menarik..pertemuan empat mata pemimpin tertinggi negara dengan mantan tertinggi..alhamdulillah..semangat ramadhan la tu..menanti syawal..daripada berbalah..baik berbincang..hasil nya?..bak kata 'ayahanda KERAS' mim lam alif ya wau..bukan ca ya nun alif..baca punya baca, alasan demi alasan, jawab demi jawab..sang pencinta terbaca satu persoalan..sang pencinta pernah bertanya sahabat di kota singa..apa terjadi jika si bengkok diteruskan..katanya..sang singa jadi kambing..dan dia akan ke malaysia ..entah lah..banyak pro dan kontra nya yang sukar dirungkai..wallahu 'alam..ya allah..selamatkanlah negaraku...

Dinar VS Dirham

hari raya pun tiba..meriah melihat anak-anak gembira..kanak-kanak collect duit raya..cerita bab duit...maka terbongkar satu yang 'kunun'nya rahsia orang-orang ca ya nun alif jadi kaya..niaga duit..niaga mata wang..nampak macam islamic...niaga matawang dinar..orang mim lam alif ya wau nak cepat kaya..cam gitu la...sang pencinta sedang mengkaji bab niaga wang ni..memang sang pencinta nak ulas..mungkin saudaraku seblogger dapat membantu..cerita dinar telah heboh di kampungku..tu dah kira 'world la tu..san pencinta yang di kota masih kurang mengerti pengiraan..mereka sudah cekap bak sang pengurup..bayangkan memegang puluh ribuan..dinar pulak..kalau jutaan rupiah manakan hairan..nasib baik 'ang pau' raya mereka tidak beri dinar iraq..nak komen banyak..saudara sendiri..nanti lah..itu lah kampungku

Pulang ke kota

sejarah hidupku..pulang awal ke kota..berkorban buat isteri tercinta..menghadapi ujian 'studi'nya..Kata Isteri Sang Pencinta.."Lepas abih exam..kita raya ye bang..", sapaku "ye la.." mungkin ini pengorbananku pada genapnya enam tahun kami bersama..28.10 tarikh keramat..

wallahu 'alam

11 comments:

akirasuri said...

salam.

salam perkenalan saudara sang pencinta..;) selamat hari raya aidilfitri. oh oh dinar? orang kelantan ke ni? apapun, selamat menjawab soalan peperiksaan buat isteri saudara..

selamat hari raya,
maaf zahir batin, fizikal dan mental :)

Mohamad Farez Abdul Karim said...

salam kembali,

silalah ke blog saya bila2 masa. buat mcm blog sendiri, hehe.

Farez.

Bunga Rampai said...

Salam.

'Hi-way' jalannya tidak bercabang, namun tetap saja ada 'tol' yang perlu diselesaikan bayarannya ;)

Salam lebaran untuk Sang Pencinta dan keluarga.

Cikgu Siti Homestay Taman Indah said...

salam,
singgap sekejap...
:)

ZaKiN said...

salam perkenalan.. pertama kali disini... Selamat hari raya untuk sang pencinta sekeluarga..!!

blackpurple @ jowopinter said...

Salam buat sang pencinta. Trimas menyinggahi blog jowopinter...

Dah nak masuk golongan 'tua' ni... yang terindah adalah nostalgia lama...


Mari kita ramai-ramai berpuasa enam. InsyaAllah...

Sang Pencinta said...

akirasuri

Terima kasih..tak, jiran kelantan, kalau dari kelantan tu kena naik HI-WAY timur barat, masuk grik sampat simpang sumpitan masuk kanan, terus sampai ijok, jumpa simpang masuk kiri, lalu pekan batu kurau sampai simpang taman lela, masuk kanan, dalam 8 km dari simpang sampai ke ke kampung saya..ala, senang je, ikut kanan, ikut kiri pastu ikut suka...hik hik, jangan marah aaaa

Anak Bumi

terima kasih. Jemput minum, nanti kita buat lawatan balas..nak buat cam blog sendri ek..kang kes naya kang..

bunga rampai

Bayar untuk maintance..kadang-kadang kita 'terbuang' sampah kat tepi-tepi jalan tu..sape le nak tolong bersihkan..mim lam ali ya wau..mim wau dal ha lam wau pa alif

puteh seroja

terima kasih. singgah R&R ke..jangan lupa solat jamak dan qasar tau..

MaNiQ KaYaNgaN

Terima kasih, ala, makan le, jangan malu, air bujang ngan 'roti empat segi' je.


blackpurple

sama-sama, jangan makin 'besar' makin 'menggatal' dah le kan. Puasa? bak kata-kata era moden..on the way..tapi kadang-kadang jawap sms 'otw' dari pintu bilik ke pintu besar...entah baper jam le baru sampai..selalu dilabelkan isteri..ni le 'Janji Banjar'..panas je telinge mendengar..sabar-sabar..sape tak sayang bini weh...

Ku Keng said...

Salam Sang,

Bagitau kat orang Gunung tu, jangan jadi bodoh. Senang terpedaya dengan janji-janji Dinar Baghdad. Lebih baik beli duit Jepun dulu-dulu sewaktu mereka memerintah Malaya. Kurang-kurangnya ada harga juga sekarang.

Ini sama ceritanya dengan Old Kuwaiti Dinar (OKD).

Dan beritahu orang2 Gunung tu, di Iraq pun mereka tak menggunakan Dinar, mereka lebih menggunakan US$.

Kalau ada duit beli Dinar Emas, lebih menguntungkan, dan lebih selamat nilainya.

Sang Pencinta said...

Terimas Ayahanda, nasihat yang amat berguna, hamba anakanda akan gunakan senjata tersebut, mengikut sejarahnya orang gunung ni memang tegar sitki, mungkin dahulu untuk menuntut kemerdekaan, sekarang menuntut kekayaan, tapi dikesali kekayan jalan pintas, bukan pertama kali, ikhwan murni, emas internet, 888, 333,jonkong emas, apa lagi? yang akhirnya masing-masing mebisu seribu bahasa, wallahu'alam, kita sama-sama berdoa

Anonymous said...

hmm..ayat yg memang terlalu berfalsafah..mmg sukar utk difahami..namun apa yg dpt ditangkap..sang pencinta mmmg menyayangi isterinya...dlm setiap cerita d blog ini..x pernah satu pun terlupa menyebut isterinya.. saya doakan semoga sang pencinta bahagia dlm hidup yg dilaluinya..teruslah menulis..nmpknya ramai yg melayari blog sang pencinta..

mis3 said...

apa khabar sang pecinta?
sudah lama sang pecinta x menulis ya...rindu pada tulisan sang pecinta..terima kasih..menolong sahabat baik saya,asma hajar.

-mis3-