Thursday, November 02, 2006

Bercerita dengan Orang Singapura (O.S)

bercerita yek, bukan bercinta, jangan salah faham

Kenapa sang pecinta? marah nampak, putus ke dengan O.S.."Putus Cinta?!!". "Bercinta pun tidak pernah, masakan putus cinta!!!!".

Bak kata pepatah, berkawan biar seribu , berkasih biar satu.


Gambar ini hanya hiasan, tiada kaitan dengan penari tersebut. Satu acara yang pernah dihadiri oleh Sang Pencinta di Singapura. Acara penyampaian anugerah kepada ibu contoh. Kalau di Malaysia kita ni ibu mithali la Berbezakan..

Dua hari bersama O.S, topik panas tidak lain tidak bukan perbalahan orang melayu ketika ini. Banyak persoalan akan berakhir dengan kenyataan " Ala, itu semua politik, tak boleh percaya". Namun Sang Pencinta menyentak dengan satu soalan. "Haji, apa jadi jika jambatan bengkok benar-benar terjadi" O.S masih berkias-kias, "Tidak mungkin terjadi saudara" dia mulakan hujah. "Ca ya nun alif banyak akalnya, dia akan pastikan benda ini tidak akan terjadi". Sang Pencinta mengulangi andaian dengan tegas "Sekiranya benar-benar diteruskan?"."Mmmm.." Lambat jugak dia nak sediakan hujah. "Begini.., Awak tahu, Johor kaya disebabkan O.S la..kalau jambatan jadi, ca ya nun alif akan halang O.S ke Johor dengan pelbagai sekatan, merundum ekonomi Johor.." Alamak 'Spin' la O.S ni, Sang Pencinta hanya nak tau apa jadi kepada Singapura. Mungkin amat berat untuk dia luahkan.

Bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hujan batu. Tapi kalau jerebu , sesak nafas dibuatnya

Sembang kami berpanjangan, hingga ke isu perang dan pelbagai lagi..sebenarnya kami hanya nak ke Petaling Street, tempat ca ya nun alif, dia nak beli baju M.U Siam. Sang Pencinta dah 2-3 tahun tak ke sana. Disebabkan 'Ikramud Duyuf' yang diajar oleh Rasulullah, Sang Pencinta dengan ikhlas hati membawa.

Itu la O.S. Sekali lagi diulangi, jangan terpengaruh dengan gambar di atas.

Ramai yang bertanya, Sang Pencinta kerap ke Singapura, ada apa-apa ke? hanya O.S yang mengenal 'Windows'nya

Wallahu a'lam

8 comments:

dinoor said...

salam kenal, baca profile, peghh.. dari gunung semanggol rupanya.

ok lah, jumpa lagi.

kenapa amik nama sang pencinta? macam tajuk album m nasir je?

Sang Pencinta said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Sang Pencinta said...

1. terima kasih, sselamat berziarah..

2. Siapa m.nasir? Dia O.S. Ke?

Anonymous said...

konklusi yang bro dapat masa tu, jambatan bengkok tu bagus atau tak?teringin nak tahu...:)

Norziati Mohd Rosman said...

O.S.. siapa O.S? loyar, majistret?


Dah loya

Ku Keng said...

Wak kecik hati kerana sewaktu di Singapura tak membelikannya laici. Tin kemek pun tak apa katanya.

Sang Pencinta said...

suri
macam bagus, macam tak, di telan mati joe (kucingku color belang yang amat penyayang), diluah mati bush(kucingku color coklat yang amat cerdik.

norzati
O.S. tu berpangkat le jugak, seangkatan dengan sang pecinta mengembling tenaga di bidang kesukarelaan. Cuma dia pangkat lebih tinggi sikit. Sang Pencinta ni ciput je..

Ayahanda Keng
ada beli thumdrive 2 gig untuk dia, nak hadiahkan pada hari jadi dia nanti, harap dia tak berkecil hati. Sebenarnya dia takut Sang Pencinta bermusafir sambil minum air, walaupun dibolehkan, berpuasa lebih baik katanya..

Bunga Rampai said...

Salam,

Gambar itu, warna pakaiannya agak mengasyikkan :)