Monday, November 06, 2006

Hollywood, Mollywood

Masih Dengan O.S

Suatu ketika hadir di satu seminar peringkat Asia Pafisik bersama O.S di 'Windows'nya. Konklusi seorang penceramah bahawa umat Islam perlu mencipta sebuah filem setanding dengan Hollywood. Filem tersebut boleh memainkan peranan yang penting dalam dakwah. Sang Pencinta tertanya-tanya, bolehkah berdakwah melalui Filem?

Penceramah seminar itu berkata "filem Robin Hood sebagai contoh, terdapat satu scene di mana Robin Hood terpinga-pinga menggunakan teropong bintang yang diberikan oleh orang arab(pada kita arab tak boleh dipisahkan dengan Islam)". Jangan kata arab, melayu pun islam jugakkan. Tambah penceramah itu tadi, "moral of the story, orang islam lebih advance dariada Robih Hood". Betul juga tu, sambut hati Sang Pencinta.





Gambar Sebelah sekadar hiasan, 18SG tidak sesuai untuk dilakukan di rumah. Anak-anak di bawah 18 tahun perlu mendapat kebenaran ibu/bapa/penjaga untuk melihat gambar ini.

Pulang dari Singapura, Sang Pencinta mula berjinak-jinak dengan filem dan drama-drama. Orang muda. Alah orang tua pun serupa. Cerita Bawanglah , Kiamatlah, cinta itu, cinta inilah dan ber'bilut-bilut lagi, Kalau dulu-dulu, wrestling menduduki carta no.1 dunia, tapi itu bukan cerita betul, sekadar lakonan. Kadang-kadang alasan nak tengok 'the moral of the story',yang pasti dan kebanyakannya melihat pelakon sampai tak kedip bijik mata. Ada yang sanggup mengubah waktu lunch hour dari jam 1-2 tengahari ke 2-3 tengahari. Makan tengahari di Kedai 'Man Berkat' sambil tengok T.V, tak kurang juga sabil mengumpat. al-Maklum bulan puasa dah berlalu. Mari kita mengumpat semula.

Kata sahabat Sang Pencinta, dia berminat dengan Filem Iran. Boleh dijadikan sebagai filem dakwah. Menarik ke? Katanya filemnya bagus, tidak ada adengan-adengan yang ghairah hinggakan pegang-pegang tangan pun tak wujud. Pelakon-pelakon wanitanya tetap menjaga aurat. Yang paling menarik filem-filemnya mendapat anugerah antarabangsa. Konklusi di sini, umat Islam tidak ketinggalan. Tapi ada orang kata Orang Iran suka tabur cerita tak betul. Tak suka perpaduan umat Islam hatta ada juga kata orang iran bukan islam sangat. Boleh dikatakan negara iran pun bukan negara Islam. Lebih Garang lagi yang berpendapat Qari No.1 dunia di Pentas Malaysia masih dalam keraguan Islamnya. Dalam hati Sang Pencinta,"masih ada orang sebegini ya"

Kaji punya kaji, terbaca artikal orang hollywood mengambil idea orang hong kong untuk filemnya . Tajuk artikal tu "Internal Affairs verse Martin Scorsese" ( Mingguan Malaysia[Pancaindera] Ahad, 29 Oktober 2006, ms.20). Nampaknya hollywod pun bukan 'terror' sangat. Ceritanya mengenai penyamaran seorang anggota polis untuk mendapatkan maklumat penjahat. Akhir berlaku pergaduhan antara dua orang polis, yang menyamar dan yang tidak menyamar.

Moral of the story mengikut pandangan Sang pencinta, menyamar pun kalau tak kena gaya boleh memecah-belahkan satu-satu masyarakat. Ianya boleh menimbulkan satu fitnah.

Tertanya-tanya juga, mana filem melayu setelah Laksamana Do Re Mi???

9 comments:

Anonymous said...

Ini amat menarik.

Filem pertama bolehlah kisahkan tentang Mat Rempit yang suka bertempik-tempik. Bagaimana orang-orang kampung akhirnya menyelesaikan masalah ini dengan membakar moto-moto mereka dan mat-mat tu dipatahkan kaki dan tangan mereka. Dan ada pula yang dibunuh. Selesai masalah pertama.

Bab kedua menceritakan bagaimana peragut dipotong tangan dan dibunuh selepas dijatuhkan hukuman oleh mahkamah kampung.

Baru berkesan.

CERITAKUASN said...

pada dasarnya mmg bagus nk buat drama atas tujuan dakwah. tapi sapa yang bakal jadi para pelakonnya? apa perjuangannya? kalau buat lakonan tujuan berdakwah tapi perlu berlakon bersentuhan lelaki dan perempuan... apa kesudahan dakwahnya? seperti contoh, kita lihat banyak drama (bukan filem) berunsur nasihat dan memberi kesedaran kepada umum (cth:drama anak durhaka, keretakan rumah tgg, dll). ramai yg mengatakannya bagus, berkesan, menyentuh perasaan. lakonan dari pelakon terkenal. tetapi kalau kita selusuri dgn teliti.... bagaimana nak menjayakan drama @ filem ini? (penghayatan, lakonan mantap / hidup) mcmmana nak perolehi lakonan mantap sebagai 'anak & ayah', 'suami & isteri'? ........... "niat tak menghalalkan cara" tetapi.... " dimana ada kemahuan disitu ader jln ;-).. sekadar pencetus fikiran pecinta

Sang Pencinta said...

Bro mang******** (maaf bro, takut nak sebut)

Untuk itu kita perlu menilai dengan ilmu dan pengalaman. Niat di hati pengarah semestinya ingin menceritakan hal sebenar agar ia menjadi sempadan. Namun terjadi sebaliknya. Umpama meletakkan hujung pisau di perut dan kita menyebut kepada orang lain "Jangan buat sebegini,berbahaya", tetapi ada juga yang melihatnya sebagai itulah cara untuk membunuh diri.

Bak kata My Sis SURVIVOR

"Matlamat tidak menghalalkan cara". Sang Pencinta Setuju sangat, namun persoalan yang timbul. Antaranya bagaimana nak implimentasikan anak perempuan dengan ayahnya..bukankah wujudnya kata-kata "Manalah tumpah kuah kalau tak ke nasi", seterusnya kita boleh berpegang kepada " Kalau hendak seribu daya..". Cuma sekiranya memegang kata-kata " Alah bisa tegal biasa .." telah menyebabkan kita terasyik dengan adegan yang mengghairahkan

wallahu a'lam

Sang Pencinta : sedang ingin berbincang dengan Tehrani

blackpurple @ jowopinter said...

Saya juga tertarik dengan kreativiti filem2 Iran. Cerita tentang seorang anak miskin yang ingin mempunyai kasut sekolah baru pun boleh meruntun jiwa yang menonton. Banyak falsafah hidup dan mengandung erti yang tersirat bila ditonton dengan mata hati....

CERITAKUASN said...

saya dh pernah menonton filem iran yg dikatakan oleh blackpurple. memang tersentuh hati hanya bagi mereka yang menonton menggunakan mata hati...

Cikgu Siti Homestay Taman Indah said...

salam

ahhahahah,

saya tak pernah menonton Mollywood di panggung wayang.

Saya lebih berminat menonton filem2 hongkong, korea, taiwan, jepun.

ahahhahahah...

tapi saya sayangkan bahasa Melayu!

ahahahhahah

Bunga Rampai said...

Salam Sang Pencinta,

Filem Iran pertama yang saya tonton ialah filem tentang anak miskin dengan kasut itu. Filem ini menarik saya untuk menonton lebih banyak filem Iran, filem-filem Iran ada jiwa.

Saya kira latar suasana banyak mempengaruhi pembikinan cerita dalam filem. Bagaimana acuan begitulah kuihnya.

Pak Malau said...

Alahai,

Terkenang betul akan Si Damak, teman Pak Malau.

Jong said...

salam,
tentulah filem boleh jadi sarana dakwah!